Mengenal Sejarah Kota Antik Petra Dari Jordan

Mengenal Sejarah Kota Antik Petra Dari Jordan

Daftarpeninggalandunia.web.id –¬†Petra merupakan sebuah kota bersejarah dan juga tapak arkaeologi yang terletak di Ma’an, kawasan pemerintahan Jordan. Jaraknya dari bandar Amman adalah sekitar 4 jam perjalanan dengan menaiki kenderaan darat.

Petra dipercayai dibina sebagai ibukota kerajaan Nabatene hasil seni pemotongan batu pada kurun ke-6. Nama Petra, atau Al-Batra di dalam bahasa Arab, diambil daripada perkataan Yunani yang bermaksud batu. Nabatene merupakan sebuah kerajaan purba di Jorban di mana kebanyakan penduduknya adalah pedagang dan dinaungi oleh kerajaan Rom.

Petra telah dipilih sebagai Tujuh Keajaiban Baru Dunia pada tahun 2007 dan Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak tahun 1985. Petra juga dipilih oleh British Broadcasting Corporation (BBC) sebagai satu daripada “40 tempat yang anda mesti lihat sebelum mati”.

Kota Petra dikelilingi gunung-ganang yang sangat indah. Gunung tertinggi di kawasan kota Petra adalah Gunung Harun (Jabal Harun) atau dikenali juga sebagai Gunung Hor. Gunung ini mencecah ketinggian sekitar 1.4 kilometer di atas permukaan laut.

Banyak yang percaya bahawa di puncak Jabal Harun inilah Nabi Harun AS meninggal dunia dan dimakamkan oleh Nabi Musa. Rasulullah SAW pun dikatakan pernah mengunjungi gunung itu bersama bapa saudaranya, Abu Thalib ketika mereka di dalam perjalanan berdagang ke Syam (Syria).

Masyarakat Arab juga meyakini bahawa Petra merupakan tempat Nabi Musa AS memukul batu dengan tongkatnya sehingga terpancur air keluar daripada batu tersebut. Aliran air tersebut sedikit demi sedikit telah menghasilkan sebuah lembah yang diberi nama Wadi Musa.

Baca Juga : Mengenal Sejarah Tentara Terakota Dari China

Pada abad ke-14 Masihi, sebuah masjid dibangunkan di tempat itu dengan kubah berwarna putih yang boleh dilihat daripada serata kawasan Petra. Dikisahkan, Nabi Harun tiba di wilayah itu ketika mendampingi Nabi Musa yang membawa umatnya keluar dari Mesir setelah dikejar oleh Raja Firaun yang zalim.

Sejarah Kota Petra ada disebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. Hadis tersebut tidak menjelaskan Kota Petra secara terperinci. Namun begitu, disebutkan bahawa bangsa Arab kuno bernama Anbath Asy-Syam. Menurut kitab Al-Qamus al-Islami, Kota Petra merupakan kota peninggalan Anbath AsySyam, yakni bangsa Arab kuno yang tinggal di antara Semenanjung Sinai dan Harun.

Suatu ketika dahulu, kota Petra pernah menjadi pusat perdagangan utama para kalifah yang melakukan perjalanan antara Mesir, Jazirah Arab, dan Syam. Pada awal kemunculan Islam, menurut Dr Syauqi Abu Khalil dalam Athlas al-Hadith al-Nabawi, terdapat beberapa peninggalan bangsa Anbath yang telah bercampur dengan bangsa lain ditemui di kawasan tersebut.

“Peradaban bangsa Anbath memiliki jenis tulisan kaligrafi yang dinamakan Khath Nabthi,” ujar Dr Syauqi. Kota Petra mula hilang dari peradaban manusia selama 500 tahun, sejak berakhirnya Perang Salib pada abad ke-12 Masihi. Kota Petra yang hilang ini dijumpai semula oleh peneroka dari Barat, Johann Ludwig Burckhardt pada 1812.

Related posts